Kemahiran-kemahiran
dalam bola tampar
1.
Pukulan servis
- Servis bawah bahu
Pukulan servis bawah bahu merupakan servis yang tepat dan mudah dipelajari. Gaya servis ini juga mengelakkan daripada faul servis.
- Servis atas bahuServis atas bahu yang baik boleh menyebabkan pihak lawan tertekan dan sukar untuk memainkan bola. Perlakuan servis atas bahu menyerupai servis dalam permainan tenis.
2. Jenis Pukulan
- Pukulan menyangga
Pukulan menyangga
digunakan apabila bola berada di bawah paras mata. Kebanyakan pemain belakang
gelanggang menggunakan kemahiran ini sewaktu menerima bola servis atau bola
rejaman. Pukulan menyangga dilakukan supaya dapat memainkan bola dengan tangan.
Bahagian tangan yang sesuai untuk menyangga ialah antara tangan hingga kesiku.
Lutut perlu dibengkokkan untuk mendapatkan kuasa hayunan menyangga dengan baik.
Rejaman ialah memukul
bola dengan pantas ke dalam gelanggang lawan. Tujuan rejaman ialah untuk
mematikan servis di dalam gelanggag lawan. Cara ini dianggap satu cara
menyerang pihak lawan. kemahiran merejam memerlukan lonjakan melebihi paras
jaring. Semasa di udara pula, badan perlulah dibengkokkan dan memukul bola.
- Pukulan mengumpan
Biasanya pukulan
mengumpan dilakukan pada sentuhan bola yang kedua. Kemahiran ini bertujuan
untuk memberi peluang rakan sepasukan membuat rejaman. Umpanan dibuat apabila
kedudukan bola melepasi paras kepala. Ketepatan masa amat diperlukan semasa
melakukan pukulan umpanan. Ini memberi peluang kepada sendi-sendi menyerap dan
mengekalkan kelajuan bola.
- Pukulan rejam
- Menghadang
Seperti kemahiran
merejam, kemahiran menghadang juga agak sukar dikuasai. Sungguhpun begitu,
kemahiran ini juga penting untuk menghadang rejaman. Halangan dilakukan oleh
dua orang pemain hadapan dari pasukan yang bertahan. Kedua-dua pemain akan
melonjak dan cuba menghalang bola yang direjam dengan kedua-dua belah tangan.
Reli
Bola yang dimulai dengan
pukulan servis kadang-kala sukar dimatikan kerana kedua-dua pasukan sukar
dimatikan kerana kedua-dua pasukan saling berbalas-balas pukulan. Keadaan ini
dinamai reli. Reli berlaku jika kedua-dua pasukan sama handal. Permainan akan
bertambah menarik jika berlaku banyak permainan reli.
No comments:
Post a Comment