1. Kawasan
permainan
Kawasan permainan
merangkumi gelanggang permainan dan zon bebas. Gelanggang permainan adalah satu
segi empat yang berukuran 16m x 8m dikelilingi oleh satu zon bebas yang
berukuran minimum 3m lebarnya dari tepi gelanggang permainan dan 7m tinggi dari
permukaan permainan.
2. Garisan
Gelanggang Permainan
Gelanggang permainan
ditandakan oleh garisan yang lebarnya 5sm. Garisan ini ditandakan oleh dua
garisan tepi dan dua garisan hujung. Kesemua garisan ini termasuk dalam ukuran
gelanggang permainan.Dua garisan yang lain ialah garisan tengah dan garisan
serangan. Garisan tengah berukuran 8m panjangnya dan terletak tepat di bawah jaring
manakala garisan serangan dilukis 2.7m dari paksi garisan tengah menandakan zon
depan.
3.
Zon-zon
kawasan
I.Zon
Depan
Zon ini dihadkan oleh
paksi garisan tengah dan belakang garisan serangan. Zon depan dianggap sebagai
pemanjangan menjangkaui garisan tepi hingga zon bebas.
II.Zon
Belakang
Zon belakang pula
dihadkan dari belakang garisan serangan (tidak termasuk garisan serangan)
hingga ke belakang garisan hujung.
III. Zon
Servis
Zon servis ialah
kawasan yang lebarnya 8m di belakang garisan hujung. Zon servis dihadkan oleh 2
garisan pendek setiap satu 15sm panjang dan dilukis 20sm ke belakang garisan
hujung sebagai pemanjangan garisan tepi.
IV.Zon
Penggantian
Zon ini dihadkan antara
garisan serangan dengan meja pencatat skor. Kawasan Memanaskan Badan Berukuran
3m x 3m terletak pada kedua-dua penjuru bersebelahan bangku di luar zon bebas.
V.Kawasan
Penalti
Berukuran 1m x 1m
dengan sebuah kerusi terletak di kawasan kawalan di luar garisan hujung.
4Petikan
Undang-Undang Yang Berkaitan
Objektif permainan ini
bertujuan untuk menghantar bola melepasi jaring serta mematikan bola di
gelanggang pihak lawan dan menghalang usaha yang sama oleh pihak lawan. Setiap
pasukan mempunyai tiga pukulan untuk menghantar balik bola itu (tidak termasuk
sentuhan menghadang).
- Pengiraan mata Setiap pasukan mendapat mata setiap kali ia berjaya mematikan bola atau pihak lawan melakukan kesilapan. Jika pasukan yang menerima servis memenangi satu rali, pasukan mendapat servis dan juga satu mata. Setiap perlawanan dimainkan berdasarkan 2 set terbaik daripada 3 set (Best of 3) dengan kiraan mata rali 25 mata bagi set pertama dan set kedua (perlu memperoleh kelebihan 2 mata jika seri pada mata 24-24) manakala bagi set penentuan, iaitu set ketiga, ia dimainkan dengan kiraan mata rali 15 mata (perlu memperoleh kelebihan 2 mata jika seri pada mata 14-14). Untuk set penentuan, pasukan bertukar gelanggang apabila mana-mana pasukan mencapai mata 8.
- Putaran Apabila pasukan yang menerima servis memenangi hak untuk membuat servis, semua pemain mesti memutar satu kedudukan mengikut putaran jam: pemain di posisi 2 berputar ke posisi 1 untuk membuat servis, pemain posisi 1 akan berputar ke posisi 6 dan seterusnya.
5. Pemain Libero
- Setiap pasukan boleh mendaftarkan satu atau dua orang pemain Libero yang memakai jersi yang berlainan warna daripada jersi pasukan.
- Pemain Libero boleh menggantikan mana-mana pemain barisan belakang dan digantikan dengan pemain asal apabila bergerak ke kedudukan hadapan.
- Pemain Libero tidak boleh membuat servis, menghadang, menyerang dengan bola di atas paras jaring atau mengumpan atas kepala semasa berada di zon depan untuk serangan.
6 Rali
Setiap pasukan akan kehilangan rali
jika satu daripada perkara yang berikut berlaku;
o
Bola
menyentuhi lantai dalam gelanggang permainan sendiri.
o
Bola
menyentuh seseorang pemain dan keluar dari gelanggang.
o
Bola
dimainkan melebihi 3 kali kecuali menghadang.
o
Bola
disentuh oleh pemain yang sama sebanyak 2 kali berturut-turut.
o
Seorang
pemain menyentuhi simpai / pita putih atas jaring
o
Seorang
pemain melintasi garisan tengah dan masuk ke gelanggang pihak lawan.
o
Seorang
pemain tidak boleh memegang, membawa atau membaling bola.
o
Seorang
pemain barisan belakang merejam bola atas paras jaring dalam kawasan serangan
3m.
o
Libero
merejam bola atas paras jaring atau berusaha untuk menghadang di jaring.
o
Libero
mengumpan di kawasan serangan 3m untuk perlakuan rejaman.
No comments:
Post a Comment